Friday 26 March 2010


haloo...
actually bnda ni i buat dh lama, last year kot..tp lpa plak nk post..
heeehee..bnda cmni la yg i slalu buat kalau boring sbb i mmg ska sgt menulis..
i hope nanti i akan jd penulis..hope akan ada buku yg tpapar nama i sbg penulisnya..amin..:p


Hidup..memerlukan kita untuk berkomunikasi, berkongsi dan bercerita kerana hidup ini umpana pentas di mana jalan kehidupan kita menjadi inti kepada sebuah cerita. Kita perlukan orang lain selain keluarga dalam hidup ni. Tak kiralah bagaimana kita mengibaratkan mereka. Kawan, teman, geng, member, sahabat dan apa pun gelaran yang kita beri, kita tetap perlukan mereka walaupun seorang. Tapi, mempunyai seorang sahabat itu tak bererti kita memilikkinya di setiap penjuru kehidupan mereka kerana mereka juga perlukan ruang untuk hidup mereka. Kadang-kala kita perlu mengalah untuk memberi laluan kepada sahabat kita menjalani kehidupan yang telah dipilihnya. Banyak perkara yang membataskan kita untuk terus bersamanya sepanjang masa. Walaubagaimanapun, sekali teman itu menjadi sahabat kita, selamanya dia adalah sahabat kita. Dalam persahabatan, hanya wujud istilah permulaan tapi tiada penghujung kerana persahabatan tak pernah mati.

No comments:

Post a Comment