Tuesday 20 October 2009

@3

Adakalanya kita tak mampu bersabar. Tak mampu menerima sesuatu yang benar-benar menekankan diri kita. Kita memedam untuk sekian lama, terdiam untuk sekian lama dan akhirnya semuanya benar-benar di luar kawalan diri kita sendiri. Kita pergi, cuba untuk lari sebentar dari keadaan itu, kerana diri kita sudah tak mampu menerimanya. Hanya dengan pergi kita dapat memberi ruang untuk diri kita. Memberi ruang untuk kita menangis, meluahkan segala yang telah lama kita pendamkan. Kita tak punya kekuatan untuk berkata-kata, kita hanya bisa mengangguk dan tersenyum. Hanya itu yang mampu kita lakukan. Dan pabila, kita sudah tak mampu lagi menghadapi segalanya, kita akan pergi, pergi jauh dari segalanya, merubah jalan kehidupan kita. Tiada lagi kata-kata tak mampu, tiada lagi kata-kata tak bisa, kerana segalanya sudah tiada erti buat kita. Kadang-kadang juga, kata-kata maaf itu tak mampu mengubati kesakitan yang kita telah rasa. “maaf”, amat mudah dituturkan sehingga kita menjadi seorang yang sering mengulangi kesilapan kita. Kerana kata maaf itulah kita mengulanginya. Kita tak pernah berfikir bahawa ada insan yang luka hatinya buat sekian lama kerana kita, kerana kita hanya ingin dia memahami kita, tapi mengapa tidak kita juga cuba memahami dia.

No comments:

Post a Comment