Sunday 18 October 2009

@2

Bila kita tak tahu siapa yang harus dipersalahkan untuk hal-hal yang kita tak inginkan, kita akan mula membuat andaian. Andaian bahawa semua itu datangnya dari orang yang pernah ada di samping kita. Kita tak lagi berfikir tentang segalanya secara mendalam malah terus menyalahkan orang itu. Kerana waktu itu kita buntu tentang segalanya. Buntu untuk menghadapi semua yang sedikit demi sedikit menghancurkan hidup kita dan merosakkan segalanya. Dan orang yang dipersalahkan itu menjadi mangsa tanpa tahu segalanya. Kasihan kan? Mengapa kita tak pernah mahu berfikir dengan tenang? Mengapa perlu kita menyalahkan orang lain untuk semua itu? Segala yang berlaku adalah kesan daripada tindakan kita sendiri. Itulah kenyataanya. Tanpa kita sedar, ada hal-hal yang kita lakukan sebenarnya memberi kesan untuk hari-hari depan. Jadi, kita tak seharusnya menyalahkan orang lain untuk perkara yang kita tak ingini dalam hidup kita. Benda yang paling merugikan dalam hidup adalah apabila kita tak mahu mengaku kesalahan kita dan cuba membetulkannya. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan peluang dan pilihan. Peluang untuk kita membetulkan segalanya. Dan pilihan untuk berubah menjadi baik..

No comments:

Post a Comment