Wednesday, 28 October 2009

@4

Segalanya berjalan seiring waktu. Langkah yang kita lakukan dalam hari ini, makin mematangkan diri untuk berfikir dan mengetahui erti hidup. Ku temui dia pada saat aku terkapai-kapai di lautan hidup yang membuatkan aku lemas. Saat aku merasa aku hilang segalanya, Tuhan kirimkan dia buatku. Segalanya tentang dia kini jadi sebahagian dari hariku. Dia datang membawa sinar, yang membuat aku senyum kembali. Tidak pernah terlintas aku ketemu dia disini, hingga segalanya berubah. Prinsip itu. Ya, prinsip itu, masih lagi ku pertahankan. Aku tahu, aku percaya, dia sentiasa di situ. Menanti hari itu penuh kesabaran, itu yang kita kongsi bersama. Aku bangkit dari kejatuhan itu, kembali berdiri. Membina kembali kekuatan yang telah hilang dan musnah. Di saat langkah ini longlai, saat janji tinggal janji, mata ini jelas memandang kebenaran. Tentang siapa kamu. Tentang diriku. Dan tentang kehidupan ini.

1 comment: