Thursday, 21 August 2014

hepy friendship aniversary

Assalamualaikum...hi..selamat malam...sebab hari ni adalah hari yang istimewa, so entri pun kenalah istimewa jugak kan..hari ni adalah friendship aniversary aku dengan seorang hamba Allah yang masih lagi berdiri dengan senyum manis depan aku walau apapun yang terjadi.. Alhamdulillah sebab Allah hadirkan engkau dalam kehidupan aku. aku sangat bersyukur itu. bila mana semua orang buang aku, kaulah satu-satunya orang yang akan kutip aku lagi, lagi dan lagi. saat orang lain sibuk cakap salah aku, kurang aku, kau lah orang yang akan ingatkan aku tentang sweetnya aku, tentang baiknya aku.. saat orang lain nampak buruknya aku, kau lah orang yang masih buat aku rasa aku ni cantik macam lisa surihani. hahahaha.. thank you untuk semua benda yang kau buat kat aku yang buat aku rasa aku sempurna walau hakikatnya aku ni tak sempurna. kau ingat lagi tak, 5 tahun yang lepas, camne persahabatan kita bermula...bila aku ingat balik, lucu sangat2... kau ingat tak, kau bagi kad nama kat aku dan mention nama aku dengan nada entah apa2, dan aku buat muka blur tengok perangai kau. aku memang tak pandang kau. dan buruknya perangai aku, aku hilangkan kad nama kau yang kau bagi kat aku. bodo giler aku rasa bila kau bagitau aku kau dah lama usha aku. bongok siot.. hahaha.. kali kedua kita jumpa bila kita dapat group yang sama, kau bagi lagi kad nama kau, dan sekali lagi kau mention nama aku dengan sebutan qalqalah kau yang dalam tu. aku mampu senyum je, yela, control ayu kot..jadi kura-kura jela time tu.. nasib baik member aku ni memang pandai nak melayan kau. dan tanpa aku duga, peristiwa malam tu, wujudkan satu perasaan istimewa antara aku dan kau.aku malu sangat-sangat bila semua orang dok sibuk nak kenengkan kau dengan aku. aku langsong takde sesiapa time tu, dan muka aku panas giler sebab malu. aku malu!!!!! hari demi hari kita mula kenal masing2,dan kau ingat tak, kali pertama kau ajak aku keluar berdua. hahahaha.... bodohnya aku...macam mana aku boleh sendawa dengan bunyi yang seluruh alam boleh dengar depan kau.. malu giler..aku ingatkan kau kawan aku sebab aku dah lama tak keluar berdua masa tu. kau mungkin tahan gelak sebab nak jaga hati aku kan..bengong!!! hahaha.. lama-lama kita jadi rapat, kita kongsi banyak benda.. banyak sangat.. masa susah aku, kau sedaya upaya senangkan aku.. masa sedih aku, kau cuba betol-betol nak heppykan aku.. masa tertekan aku, kau tak pernah tinggalkan aku seorang.. kau akan selalu ada untuk aku.. macam-macam dugaan yang jadi dalam persahabatan kita, tapi kau tetap tabah, tetap kuat nak pertahankan semua. sedangkan aku. senang-senang lupa diri, senang-senang larikan diri. macam kacang lupakan kulit. lama-lama kita terkadang makin jauh, sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan diri sendiri terutamanya aku.. kau ingat tak, aku selalu cakap dengan kau, " aku tak mampu jadi sekuat kau untuk tetap bertahan dalam keadaan aku rasa sangat sakit..." bila aku cakap macam tu, aku betol-betol maksudkan.. aku memang tak sekuat dan setabah kau.. macam-macam keadaan yang aku buat hingga kau rasa sakit, tapi kau tetap terima aku seadanya tanpa satu pun kau ungkit benda-benda bodoh yang aku buat kat kau. kau tak pernah mengadu, marahkan aku. aku minta maaf sebab hati aku buta untuk semua benda tentang kau. aku marah kau, kau tetap senyum. dan sekarang apa yang ada di kepala aku adalah soalan terakhir kau beri pada aku..."pernah tak aku nampak kau selama ini?" moga Allah bantu aku untuk soalan kau tu. aku minta maaf sebab terlampau buta, sebab aku sendiri tak faham.. hati aku.. aku tak boleh nak paksa.. aku hanya mampu doa je mintak Allah permudahkan semua untuk kau dunia akhirat. aku nak ucapkan hepy friendship anniversary yang ke 6 untuk kita. terima kasih sebab jadi kawan aku yang ada selalu untuk aku 24 jam 7 hari seminggu. hehe. terima kasih sebab terima aku seadanya selama 6 tahun ni, tanpa sekali pun persoalkan tentang diri aku. terima kasih sebab jaga aku dengan baik sangat. TERIMA KASIH SAHABATKU. SELAMAT BERBAHAGIA..SELALU.. :)

No comments:

Post a Comment