Wednesday 19 May 2010

This been made especially for my mum..
HAPPY MOTHERS' DAY


Ibu..
Maafkanku kerana sering melupuskan ingatan padamu
Disaat aku sibuk bergelut melewati waktu
Tanpa mengerti dirimu haus akan khabarku

Ibu..
Maafkanku kerana kerap kali lupa berterima kasih
Padahal terlalu banyak aku meminta darimu
Tanpa pernah kau berkata tidak padaku

Ibu..
Maafkanku kiranya aku sering meninggalkanku
Membiarkanmu sendiri tanpa pembantu
Di saat aku sibuk berbagi masa bersama temanku

ibu..
maafkanku kerana tak memberi waktu untukmu berkongsi segala masalahmu
yang wujudnya lebih banyak dariku
padahal dirimu pendengar setia pada cerita masalahku

ibu..
hari ini aku sedar sebenarnya dirimu adalah malaikat utusanNya buatku
kerana dirimu telah banyak bersusah payah demiku
tanpa pernah kau mengira kelukaan dan kesedihan yang ku kirimkan untukmu

ibu..
ketahuilah, dirimu adalah hadiah terindah buatku
kerana kau adalah ibuku
tanpamu tiadalah aku
dan sesungguhnya, aku sangat menyayangimu ibu..

No comments:

Post a Comment