Wednesday, 19 May 2010

Aku Mahu Pulang

Pentas hariku
Mengajakku bermonolog lagi
Saat ku rasakan aku tak betah lagi disini
Jesteru itu, aku mahu pulang

Aku tak mahu lagi memikirkan rajukku padamu
Aku tak mahu lagi menyimpan amarahku padaku
Aku cuma mahu rindu ini menoktahkan dirinya
Kerana itu, aku mahu pulang

Aku mulai lelah melayan segenap perasaan yang tersimpan buatmu
Aku bosan menjawab segala persoalan hari
Yang menidurkanku dengan buaian keresahan
Aku sudah tak mahu bertahan, jadi aku mahu pulang

Saat aku pulang nanti
Aku tak mahu engkau mempersoalkan segalanya
Aku mahu kau diam dan tersenyum menerima hadirku
Kerana aku sudah pulang

No comments:

Post a Comment