Saturday 17 April 2010


Mengenang kamu
aku jadi malu sendiri
malu memikirkan bezanya hidup kita
bezanya diri kita...

Aku..
adalah insan yang buta tentang segalanya
sedangkan engkau
melihat apa yang ku bilang tak nampak

Engkau..
milikki apa yang aku tak punya
tahu apa yang aku jahil
dan bedanya kita engkau akan lebih segalanya dariku

Kita..
adalah teman
adanya kita kerana kita saling memerlukan
adanya kita kerana kita ingin melengkapi

Mereka..
terus menilai kita
menilai tentang kurangnya aku
menilai tentang lebihnya engkau

Dan dia..
terus diam di situ
membisu untuk sekian lama
kerana dia adalah aku.....

No comments:

Post a Comment