Saturday 17 April 2010

Ada hari, kita melihat hidup ini terlalu indah,
Ada hari, kita merasa hidup terlalu payah,
Ada hari, kita merasa hidup ini bosan,
Ada hari, kita merasa penyesalan kerana peristiwa semalam


Seorang teman mengadu nasib padaku. Memintaku agar membuka mata dan hatinya yang buta dan mati kerana perasaannya sendiri. Dia hanyut bersama segunung perasaan gundahnya kerana melukai satu hati. Teman, apa kau sedar betapa engkau bodoh kerana menghukum dirimu begitu. Engkau menghukum dirimu lantas mensiakan hidupmu untuk sebuah kemungkinan. Apa kau tak berfikir tentang wujudnya kepastian? Teman, kau kira hidupmu cukup hanya bila kau perjuangkan perasaanmu. Perasaan buat seorang wanita yang hadir hanya untuk mempermainkanmu. Sepertinya engkau lupa bahawa hari semalam engkau bisa hidup berbahagia tanpa nya. Mengapa pula disaat dia singgah untuk sementara engkau memperjudikan hidupmu untuknya? Teman, belajarlah erti sebenar sebuah pengorbanan jika engkau benar-benar ingin melakukannya. Jangan hanya jadi ucapan bibir. Aku percaya engkau bisa. Bisa mengubah detik hitam menjadi detik putih. Teman, sedarlah bahawa cinta itu tak harus membunuhmu, kerana cinta sejati itu menghidupkan. Engkau punya banyak perancangan untuk hidupmu bukan? Kenapa tak kau capaikan saja segala hasratmu. Kala ini, cinta itu bukan lah satu kemestian buatmu. Berfikirlah untuk masa depan. Ibumu, ayahmu..serta keluargamu menanti sebuah kejayaan yang sering mereka doakan buatmu. Keluarlah dari kepompom kesedihan, aku tak mahu kau terus hanyut bersama waktu. Selesaikan perjuangan yang telah kau mulai. Jangan putus harapan kebahagiaan adalah milik insan yang tak pernah berhenti mencuba. Biarlah peristiwa hitam itu menjadi sebuah pengajaran supaya kau berhati-hati melewati hari esok. Stop thinking about her! You deserve the better one. Believe in me..


No comments:

Post a Comment