Friday 16 October 2009

@1

Dalam perjalanan kehidupan kita, ada banyak kisah di dalamnya. Kisah yang kadang-kala tak pernah terfikir oleh kita sebelumnya. Bila kita jatuh, kita ingat semua yang indah pernah kita milikki sebelumnya, tapi kita lupa, dalam kejatuhan itu kita sebenarnya belajar menjadi orang yang lebih kuat dalam mengharungi dugaan hidup. Kita berusaha bangun dari kejatuhan itu, menghadapi segala cemuhan, dan kata-kata yang sememangnya pahit untuk kita terima. Di situlah, kita bina benteng kekuatan dalam diri kita tanpa pernah kita sedar. Itulah hikmah kejatuhan. Bila kita mulai hidup dalam kehidupan baru itu, kita sering mengimbau kembali segala kenangan manis masa lalu. Hidup dalam kenangan itu sememangnya indah walaupun ianya bukan lagi realiti. Apabila hidup itu sentiasa dihantui oleh kenangan itu, kita jadi leka tentang kehidupan kini hingga kita bina tembok yang menghalang kehidupan baru kita untuk mula mengisi ruang dalam diri kita. Kita tak mampu membuang kenangan itu hingga tiada ruang untuk kehidupan baru yang sebenarnya lebih baik. Di situ, kita mula keliru memilih yang mana terbaik buat kita. Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan pilihan, dan pilihan yang terbaik itu hanya ada satu buat kita. Masa lalu akan tetap menjadi masa lalu, yang lebih memerlukan kita sekarang adalah kehidupan masa kini. Bagaimanapun kita mahu berada dalam masa lalu, ianya takkan pernah terulang buat kita. Jadi, hargailah kehidupan yang kita milikki pada masa kini, orang-orang yang kita sayangi kini, orang-orang yang menghargai kita dan cita-cita kita yang sememangnya sentiasa menanti kita di situ. Satu langkah ke hadapan untuk hari ini adalah satu langkah yang seharusnya memberi sesuatu yang lebih baik buat kita. Jangan pernah berharap jika kita hanya duduk menanti. Jangan hanya meminta jika kita tak mahu memberi. Jangan memulakan jika kita tak berniat untuk mengakhiri. Jangan memberi harapan jika kita tak mampu melaksanakan. Jangan berjanji jika kita tak mahu menunaikan. Jika bukan kita yang akan kecewa kerana semuanya, tapi fikirlah akan orang lain yang bakal kecewa kerana kita.

3 comments:

  1. semua yang di ceritakan tentang cinta cukup menarik n membuatkan rasa ingin tahu tu ada. Adakah cinta sekarang yang di maksud kan or cinta lama sblm adanya cnta sekarang.....?

    ReplyDelete
  2. kisah cinta yang membuatkan rasa ingin tahu itu ada... adakah cinta sekarang yang di maksudkan or cinta lama sblm sekarang?

    ReplyDelete
  3. kisah cinta yang membuatkan rasa ingin tahu itu ada... adakah cinta sekarang yang di maksudkan or cinta lama sblm sekarang?

    ReplyDelete