Saturday 14 January 2012

Selamat awal pagi
alhamdulillah, di awal pagi ni dapat ilham nak update entri untuk blog
for sure, entri ni just untuk kongsi perasaan saya dengan sahabat
sahabat yang tersayang, semoga awak kuat hadapi semua ni ok
jangan lemah tau :)
tiba-tiba saya rasa takut lihat keadaan sahabat
minggu ni dia asyik murung jer 
nak tanye, tapi takde kekuatan dan keberanian
tapi, alhamdulillah, sejam yang lepas
segala persoalan yang bermain di fikiran saya tentang sahabat terjawab
sahabat memang ada masalah sekarang
dan saya sangat kesiankan sahabat
sangat sedih untuk sahabat

ceritanya-
malam ni sahabat dapat tau something tentang pakwe dia. pakwe yang tak berguna dah mainkan perasaan sahabat. kesian sangat. sedih jugak.
pakwe sahabat rupanya ada makwe,dan sahabat rupanya bukan orang yang pertama dan taktau la sahabat adalah orang yang keberapa dalam cerita yang sadis ni.
saya sendiri tak faham kenapa pakwe sahabat perlu buat camni. tak terfikir ke tentang perasaan sahabat dan makwe dia tu. tak pernah ke terlintas dalam fikiran dia yang sahabat dan makwe dia akan terluka + kecewa giler bile tau dipermainkan atau dengan kata lain dipergunakan ataupun dengan lebih dasyat lagi didua, ditiga atau diempatkan.
saya sebagai pendengar luahan turut rasa sedih dan sangat kecewa.
saya kesiankan sahabat dan makwe laki tu walaupun saya tak kenal dia.
kenapa perlu nak menipu? kenapa perlu nak mainkan perasaan orang? dan kenapa perlu ada banyak makwe?
kalau awak sendiri berada kat tempat orang yang awak permainkan tu sakit tak?
orang awak rasa lebih seronok?
mungkin bagi awak benda ni remeh tapi pernah tak awak fikir tentang apa yang akan jadi bila semua kebenaran terbongkar?
mungkin awak tak rasa apa yang sahabat rasa tapi tolonglah hentikan semua ni.
jangan la pujuk rayu kat sahabat
jangan bagi sahabat harapan palsu
awak ingat dengan kata bahawa awak sayangkan sahabat lebih dari makwe awak tu dah cukup ke baiki keadaan kucar kacir yang telah awak ciptakan?
awak kata dalam ramai-ramai perempuan, sahabat lah orang yang awak betul-betul ikhlas sayang
tapi kan awak
awak sedar tak awak menipu?
kalau awak ikhlas sayangkan sahabat awak takkan buat macam ni
kasih sayang yang ikhlas tu tak menyakiti
dimana letak kasih sayang jujur yang awak katakan tu?
wujud atau tidak sebenarnya?
sepanjang awak menjalinkan hubungan (kononnya) kekasih dengan sahabat tu
pernah tak fikir mana kasih sayang tu?
kenapa perlu buat camtu kalau awak betul-betul sayang
awak memang jahat!
sangat jahat kalau boleh!
sanggup bagi harapan palsu

sahabat...
kuatkan diri awak
takyah fikir sal ni lagi
tutup buku untuk kisah ni
syukur banyak-banyak akhirnya Allah tunjukkan kebenaran pada awak
semoga awak ambil benda ni jadi pengajaran untuk awak melalui kehidupan selepas ni.
saya doakan yang terbaik untuk awak
tolong jangan sedih lagi
please.............................

No comments:

Post a Comment