Sunday 1 May 2011

selagi berkesempatan :)

Assalamualaikum, selamat bulan baru! datang menjenguk ke blog untuk seketika. Nak share perasaan yang tengah excited nak balik sarawak ni..:P tak sabar rasanya nak jumpe family :))) sekarang masih sibuk untuk final exam, ade 3 paper lagi nak hadapi. sangat berharap agar semuanya dipermudahkan olehNya. amin.
Oh ye, nak share lah ye. saya tulis bende ni dalam diary secara tibe-tibe. kalau sudi bacalah dan fikir-fikirkanlah :)))
"kadang kala perjalanan yang jauh itu, banyak menemukan kita dengan perhentian yang kosong. dimana lorong riuh yang dilalui itu membuatkan hati menjadi buta seketika.  padahal, silau cahaya pada lorong sepi dan usang itu  rupanya jalan yang indah. dan kerana kesilapan itu kita terpisah dari segalanya......"
yelah, kadang-kala perasaan kita ni terlampau banyak melalui rasa, sedih, gembira, rindu, kasih, dan lain lagi yang membuatkan kita berfikir banyak benda. tapi, jangan pernah putus asa kalau kita merasa kecewa dengan kehidupan kita. walaupun benda yang jadi tu tak baik untuk kita, secara tersiratnya ada kebaikan jugak sebab banyak bende yang kita boleh belajar darinya. Allah selalu ade bersama kita tak kira tempat dan masa. tak kira apa pun masalah kita, jangan rasa yang kita keseorangan. ingatlah bahawa DIA akan selalu menemani kita. :)

No comments:

Post a Comment