Monday 26 April 2010

sHaRinG is CaRinG (.")



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Secebis coretan untuk mengingati diriku sendiri sebagai hamba yang selalu lalai dan jahil tentang segalanya, dan untuk teman2 semoga kita sama2 memberi masa buat diri kita berfikir tentang perkara2 yg berlaku pada kita. Segala silap harap diperbetulkan kerana aku cumalah insan yang tak sempurna.
Kenapa kita sering mempersoalkan benda yang telah berlalu? Terutama tentang peristiwa yang menyakitkan kita? Mengapa pula tidak kita berusaha memperindahkan benda yang kita milikki sekaran? Kadang-kala kita lalai dalam menilai perkara yang berlaku dalam hidup kita. Setiap peristiwa berlaku bersama-sama. Mungkin kerana Allah ingin menguji kita, iman kita terhadapNYa. Tapi, kita sering mempersoalkan takdir itu.

Seharusnya kita belajar untuk menjadi hamba yang redha. Yang menerima ketentuanNya dengan hati yang tenang dan yakin bahawa Allah itu mengetahui segalanya. Mungkin takdir membuat kita kehilangan sesuatu kerana Allah mahu mengantikannya dengan perkara yang lebih baik. Mungkin juga kerana Allah sayangkan kita lantas menguji kita untuk mengetahui sedalam mana kita menyayangiNya. Sesungguhnya orang yang bersyukur itu sentiasa menerima apa-apa yang telah tercipta buat mereka tanpa mempersoalkannya. Mungkin juga kita dipilih oleh Allah untuk belajar dan mengambil iktibar dari ujian yang telah diberikanNya.


Dont regret the past, but learn from it. Perlu kita ingat bahawa kita bukanlah satu-satunya insan yang menerima ujian itu, ada pihak yang telah melalui ujian tersebut sebelumnya atau mungkin ujian yang mereka terima lebih teruk dari kita. Jadi, kita tidak seharusnya terlalu merasa diri kita ini sangat malang, sebaliknya kita hendaklah berasa bersyukur kerana dipilih untuk melalui ujian tersebut. Orang yang banyak menerima ujian itu adalah orang yang sangat disayangi Allah. Sesudah kita menerima ujian tersebut, muhasabah diri sendiri, berfikirlah tentang nikmat yang datang setelah ujian itu kita tempuhi. Berfikirlah sebaik mana yang kita perolehi selepas kita bersedih, kecewa dan merasa keperitan atas ujian tersebut. Jadi, bersederhana lah melalui hidup ini untuk benda-benda yang mengembirakan mahupun yang menyedihkan. Allah takkan menguji melampaui kemampuan kita.

Yakinlah pada Allah, maka setiap benda yang kita lalui akan kita hadapi dengan hati yang redha dan tenang. Ujian itu juga datang kerana ingin menyedarkan kita yang kadang-kala lupa tentang diri kita, kekurangan kita serta kelebihan kita. Andai kita punya masalah, berilah masa untuk diri kita sendiri, berfikirlah sejenak, cari punca sebenar masalah, cuba untuk menerima masalah dari sudut yang positif, muhasabah diri untuk seketika, berfikir tentang jumlah nikmat yang telah kita terima, redha dan berdoalah pada Allah, kerana Allah lah yang mengaturkan segalanya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

No comments:

Post a Comment