Monday 9 November 2009

MAAF

“Maaf”, satu perkataan yang kadang-kala rumit untuk diberi dan diterima. Kata maaf juga mampu mengubah hidup seseorang. Kenapa? Berbagai perasaan yang hadir ketika kita memberi atau menerima kata maaf. Memberi kata maaf, kadang-kala kita berkata maaf kerana terpaksa, kerana berasa perlu, adakalanya kerana ia ikhlas disebabkan kita sedar bahawa kita harus memberi kata maaf itu. Kata maaf juga mampu membuat kita menangis. Kenapa? Bagaimana kalau orang yang kita benar-benar sayang mengatakan “Maaf, aku harus pergi kerana aku memilih dia dari kamu. Aku tak mampu lagi menyintai kamu”, apakah kata maaf itu membuat kita tersenyum. Tidak bukan, sebaliknya kata maaf itu memberi kita kekecewaan. Hati kita mula hancur dan menangis menerima kenyataan itu dan kata maaf itu tak mampu mengubatinya. Bagaimana pula saat kita tergesa-gesa untuk pergi ke temuduga, tiba-tiba datang seseorang yang sedang asyik ketawa bersama rakannya melanggar kita secara tidak lansong menumpahkan minuman dan makanan yang dibawanya di baju kita sedangkan kita terlewat dan kesuntukan masa? Dia kemudian mengucapkan kata maaf dan berlalu pergi begitu saja. Apakah ikhlas hati kita saat itu menerima kata maafnya tanpa sedikitpun rasa marah, geram dan kesal? Apa pula yang kau rasa apabila orang yang kau benar-benar benci datang menemuimu pada suatu hari kerana ingin mengatakan padamu, “Aku ingin meminta maaf kerana telah banyak menyakitimu sehingga kau membenciku”, apa kau benci menerima maaf itu? Apa hatimu tak terusik sedikitpun dengan maaf yang dihulurkan? Lantas, apabila seseorang yang kau pernah sakiti hatinya datang kepadamu bicara akan sesuatu, apa yang kau rasa saat dia berkata “Maaf kerana aku masih menyintaimu hingga saat ini” hatimu jadi serba salah bukan? sesungguhnya kata maaf itu hadir bersama perasaan yang berbeza. Nilailah kata maaf itu sebaiknya, jangan sampai kau tak lagi punya kesempatan untuk mengucapkan kata maaf pada yang sepatutnya menerima kata maaf darimu.
Dan aku, aku masih belum siap jika kau ingin berikanku kata maaf kerana aku masih tak mampu mengubah kebahagiaan yang aku rasakan kini menjadi abu yang akan berterbangan bersama angin. Aku tak siap lagi membuat hati yang bersinar ini gelap kembali. Aku tak mahu engkau pergi, tetaplah kita seperti ini. Izinkan aku untuk terus tertawa tanpa perlu mendengar kata maaf darimu..

5 comments: